Tuesday, January 11, 2011

Tidak Mahu Merokok..


Entry kali ni ditujukan buat semua perokok2x tegar dan yang tak tegar serta insan tersyg aku..Aku akn sentiasa berdoa moga berjaya..Akan aku membantunye utk berhenti merokok..

Petua Henti Merokok..

1. Melengah-lengah tabiat menghisab
2. Minum banyak air
3. Menarik nafas panjang
4. Membuat sesuatu
5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
6. Mengunyah sesuatu
7. Membasuh tangan
8. Mandi dengan kerap
9. Melakukan senaman rengangan
10. Memohon doa

GUNAKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
2. Yakinkan diri
3. Buat nota peringatan
4. Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
5. Sentiasa berfikiran positif
6. Dapatkan sokongan
7. Lawan keinginan untuk merokok
8. Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
9. Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-
1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
3. Lebih terdedah kepada kanser
4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
5. Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-
1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
5. Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

SAYANGILAH ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA YA

semoga berjaya berenti merokok...

Tonton Wayang Berdua..

Slmt ptg..Entry kali ni emm g tonton wayang with encik suami..Hehe tq2x eaa coz penuhi permintaan isteri mu ni walaupun terpaksa memujuk..Khamis mlm jumaat minggu lepas g tonton wayang same2x..Tak pyh laa nak g ke KL lagi nk cari panggung dkt Brem Mall Kepong pun dah de daa..sekejap jer dlm 15mnt dah smpi..Tgk midnight movie cete Hatu Kak Limah..Aku terangkan sikit laa sinopsis psl cete ni eaa..Ok laa not bad movie tu walaupun ngantok2x tgk tapi layan laa..


Tiket wayang kami..


Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah


Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan. Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.


Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.

Monday, January 3, 2011

Azam Tahun Baru 2011..

Bertemu kembali di tahun baru 2011..Byk benda nak kena story laa hihi yerlah semenjak2x ni..Alhamdulilah arini genap sebln ulangthn perkahwinan aku..Trima kasih buat suami yg tercinta..Mmg perubahan besar dlm hidup aku yerlah seblm ni seorg2x jer pastu skg dah berdua..Rutin nak ngadap FB pun dah kurang daa bile berdua ni klu de masa nak ngadap pun just bile waktu free..

2011 bertemu sudah emm aku harapkan ia dapat merubahkan perubahan hidup aku & suami..Buat suamiku emm aku harap 2011 ni akan aku perbaiki serta meningktkan lagi tugas2x aku menjaga kamu..hihi..akan aku cube utk update story2x dlm blog aku ni wat tatapan semua..Semoga 2011 ni ape yg aku impikan akan tercapai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...